Oct 6, 2014

DIY GROUP VICTORIA SANDWICH CAKE AHAD 12 OKTOBER RM200. Tempat terhad


 
Salam... Victoria Sandwich Cake - kek classic mengambil sempena nama Queen Victoria ni adalah kek yang senang buat tapi mempunyai rasa yang sangat premium.

Dua faktor penting yang membangkitkan rasa premium tu ialah - kek butter yang sangat moist dan ringan dan juga kehadiran strawberry compote (orang kampung den panggei jem strawberry buat sendiri...pakai jem dalam botoi cap Tesco tak sedap tau..hehehhe).

Cream tu klu ikut mat saleh, depa letak whipped cream saja. Tapi depa punya whipped cream lagi sedap sebab guna DOUBLE CREAM.

Memandangkan kita payah nak jumpa double cream yang sedap tu, kita gantikan dengan cream lain yang sama lemak dan yummie iaitu Swiss Butter Cream.

Kita juga bleh gantikan dengan Light Custard Cream yang lebih sempoi tapi masih boleh rasa premium.

Okeh, kepada adik-adik manis sekitar Seremban dan kawasan sewaktu dengannya yang tak dak buat apa-apa Ahad hujung minggu ni - 12 Oktober, jom kita BERDIY group ngan saya untuk buat kek ni.

Details seperti di bawah:

Kelas: DIY Group Victorian Sandwich Cake
Tarikh: Ahad, 12 Oktober
Masa: 11 pagi - 4 petang
Tempat: Bzee Bakery, No 23, Ground Floor, Magistrate Square, Seremban 2, Seremban Negeri Sembilan.
Jenis class: DIY berkumpulan - Buat sendiri kek, wak balik sebijik kek - tak dak share-share
KELAS TERHAD KEPADA 12 ORANG SAHAJA

Yuran: RM200
Deposit: RM100


Cara mendaftar:
1. Bank in deposit ke acct maybank Bzee Cafe & Bakery- 5051 76100 195
2. Pas bank in sms/wasap bukti pembayaran ke 019 282 0053
Nama, jumlah bnk in, nama kelas - contoh:
Zalina, RM100, Victoria Sandwich
3. Apa yang perlu dibawa: Apron
4. Apa yang tak boleh dibawak: Peneman, sedara, jiran...hanya yang bayar sahaja dibenarkan masuk kelas.

Kandungan kelas:
1. Tips penting buat victorian sponge supaya tak kering
2. Cara buat swiss buttercream
3. Cara buat light custard cream
4. Cara buat strawberry compote
5. Cara deco cake
6. BONUS: Saya juga akan ajar mcam mana nak buat S.O.P supaya pas ni anak cucu anda yang buat kek pas ni pun bleh buat hanya dengan tengok S.O.P anda..hehehhe

Kelas akan dibatalkan jika kurang daripad 4 peserta

Tqvm
Chocolate Sana Chocolate Sini
Labiu
Zalina